Hubungan Namewee dengan pempengaruh Taiwan ‘istimewa’

Hubungan Namewee dengan pempengaruh Taiwan ‘istimewa’

Ketua Polis Kuala Lumpur Fadil Marsus berkata hubungannya bersama Hsieh Yu-hsin lebih sekadar kawan.

fadil marsus
Ketua Polis Kuala Lumpur Fadil Marsus, berkata ada beberapa individu ingin menuntut mayat Hsieh Yu-hsin, bagaimanapun permintaan itu tidak dibenarkan kerana identiti mereka tidak dapat disahkan. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Penyanyi kontroversi Wee Meng Chee atau dikenali sebagai Namewee mempunyai ‘hubungan istimewa’ dengan pempengaruh media sosial Taiwan Hsieh Yu-hsin, kata Ketua Polis Kuala Lumpur Fadil Marsus.

Bercakap kepada pemberita sempena majlis sambutan Deepavali, beliau berkata kedua-duanya berkongsi hubungan ‘lebih sekadar kawan rapat’, namun enggan memberikan butiran lanjut memandangkan siasatan masih berjalan.

Fadil turut memaklumkan ada beberapa individu ingin menuntut mayat pempengaruh berkenaan, bagaimanapun permintaan berkenaan tidak dibenarkan kerana identiti mereka tidak dapat disahkan.

Hsieh dilaporkan bertemu dengan Wee di sebuah hotel di ibu negara untuk membincangkan penggambaran video bersama. Dia dikatakan menemui Hsieh mati dalam tab mandi.

Wee kemudian ditahan polis pada 22 Okt di hotel itu, di mana pihak berkuasa menemui sembilan pil biru disyaki ekstasi dalam bilik itu. Dia didapati positif amphetamine, methamphetamine, ketamin, dan THC.

Dia selepas itu didakwa atas pertuduhan memiliki dan mengambil dadah dengan mengaku tidak bersalah. Mahkamah membenarkan ikat jamin RM4,000 bagi setiap pertuduhan.

Polis mengklasifikasikan semula kematian Hsieh sebagai kes bunuh berbanding mati mengejut pada awalnya.

Wee menyerahkan diri kepada polis pada 5 Nov, dan direman lanjut sehingga Khamis.

Dalam perkembangan berasingan, Fadil berkata polis bersedia mendakwa Sheila Sharon Steven Kumar, yang lebih dikenali sebagai ‘Inspektor Sheila’, yang didakwa menghalang tugas polis.

Pegawai berusia 35 tahun itu dikatakan meremehkan rakan sekerjanya semasa mereka memeriksa seorang lelaki warga Pakistan semasa pemeriksaan trafik di sepanjang Jalan Ipoh, pada 4 Nov.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.