Perdana Menteri Anwar Ibrahim berkata tambahan kuota itu susulan pandangan daripada pemandu e-panggilan yang merasakan peningkatan kepada 600 liter sebelum ini tidak mencukupi.
“Sebelum ini telah tingkatkan 300 liter kepada 600 liter yang telah memberi manfaat kepada 58,000 pemandu e-panggilan yang layak. Namun ada lagi rakan-rakan (iaitu) e-panggilan merasakan tak cukup.
“Maka saya umum kerajaan setuju meningkatkan kepada sehingga 800 liter sebulan. Maknanya 5,000 km tertakluk kepada syarat perjalanan yang ditetapkan,” katanya pada sesi waktu pertanyaan perdana menteri di Dewan Rakyat.
Pada 13 Okt lalu, hampir 54,000 pemandu e-panggilan sepenuh masa menikmati peningkatan petrol bersubsidi daripada 300 liter kepada 600 liter sebulan menerusi program BUDI95.
Anwar turut mengumumkan teksi di lapangan terbang turut disenaraikan sebagai kenderaan layak menerima petrol RON95 bersubsidi di bawah Skim Kawalan Petrol Bersubsidi(SKPS).
Beliau berkata setakat ini, 13.1 juta rakyat telah berjaya melaksanakan transaksi BUDI95 dan telah membelanjakan RM2.6 bilion ringgit RON95 bersubsidi.
“Ini melibatkan subsidi kerajaan sekitar RM800 juta.
“Purata jumlah liter digunakan penerima BUDI95 bagi bulan Oktober adalah sebanyak 98 liter, iaitu 33% daripada kelayakan bulanan 300 liter yang ditetapkan.
“Hanya kurang 0.7% sahaja penerima BUDI95 yang menggunakan sepenuhnya kelayakan bulanan mereka sebelum akhir bulan Okt,” katanya.
Menerusi BUDI95, harga petrol RON95 ditetapkan pada RM1.99 seliter dan dinikmati semua warganegara berusia 16 tahun ke atas yang memiliki lesen memandu sah, dengan pengesahan menggunakan MyKad.
Warga asing serta pembeli lain yang tidak layak dikenakan harga pasaran sebanyak RM2.60 seliter.
Kementerian Kewangan (MoF) dalam kenyataan berkata langkah itu dilaksanakan hasil semakan silang data bersama Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD).
Selain itu, Anwar berkata kerajaan turut bersetuju supaya teksi lapangan terbang turut disenaraikan sebagai kenderaan yang layak menerima petrol RON95 bersubsidi di bawah Skim Kawalan Petrol Bersubsidi (SKPS).
Beliau berkata setakat ini, 13.1 juta rakyat telah berjaya melaksanakan transaksi BUDI95 dan telah membelanjakan RM2.6 bilion ringgit RON95 bersubsidi.
“Ini melibatkan subsidi kerajaan sekitar RM800 juta.
“Purata jumlah liter yang digunakan penerima BUDI95 bagi Oktober adalah sebanyak 98 liter, iaitu 33% daripada kelayakan bulanan 300 liter yang ditetapkan.
“Hanya kurang 0.7% sahaja penerima BUDI95 yang menggunakan sepenuhnya kelayakan bulanan mereka sebelum akhir bulan Okt,” katanya.
Dalam pada itu, Anwar berkata kerajaan akan perkenalkan sistem lebih mantap pada masa depan dalam mengagihkan RON95 di bawah BUDI95.
“Masalah pelaksanaannya bila kita nak T15, kalau kita letak target mulanya RM13,000 sebulan, kemudian RM20,000 sebulan. Itu masih menekan golongan kelas menengah atas.
“Jadi kita nak naikkan RM50,000 sebulan atau lebih kurang, tapi jumlahnya sangat kecil.
“Jadi, sekarang ini pandangan kita, kita jalankan ini dulu dan kalau ada keperluan di masa akan datang, di mana sistem itu lebih mantap, maka boleh kita kenalkan,” katanya menjawab soalan Syerleena Abdul Rashid (PH-Bukit Bendera).