Siasatan kes wanita dibunuh di Subang Jaya hampir lengkap, kata polis

Siasatan kes wanita dibunuh di Subang Jaya hampir lengkap, kata polis

Pada Ogos, seorang wanita berusia 20an ditemukan maut dalam keadaan tergantung di kipas siling di rumahnya.

Wan Azlan Wan Mamat
Ketua Polis Subang Jaya Wan Azlan Wan Mamat berkata, pihaknya akan keluarkan kenyataan apabila siasatan selesai.
PETALING JAYA:
Siasatan polis berhubung kes seorang wanita ditemukan maut di rumahnya di Subang Jaya pada Ogos kini pada peringkat akhir.

Ketika dihubungi FMT, Ketua Polis Subang Jaya Wan Azlan Wan Mamat secara ringkas memaklumkan bahawa pihaknya akan ‘mengeluarkan kenyataan media pada masa yang sesuai’.

Baru-baru ini, gesaan menuntut keadilan atas kematian wanita berusia 20an itu tular di media sosial, dengan ramai warganet menggesa pihak berkuasa agar mengheret pelaku ke muka pengadilan segera.

Dilaporkan pada 14 Ogos, mangsa ditemukan tergantung pada kipas siling di ruang tamu tingkat dua rumahnya oleh bapanya pada 11.55 pagi.

Mangsa yang tinggal bersama kakak serta sepupunya didapati bersendirian semasa kejadian dan tiada kehilangan harta benda dilaporkan.

Laporan bedah siasat mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat pendarahan pada sekeliling tulang leher, manakala kecederaan pada otot dan tulang disebabkan kesan cekik.

Pada 15 Sept lalu, polis mengesahkan telah merakam percakapan 32 individu bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.