
Datuk Bandar, Maimunah Mohd Sharif, berkata persediaan awal dijalankan merangkumi aspek infrastruktur, kebersihan, pencahayaan bandar, serta penglibatan komuniti tempatan bagi memastikan setiap pelawat menikmati pengalaman bermakna di Kuala Lumpur.
Katanya, jumlah 46 juta pelancong itu merangkumi anggaran pelawat ke seluruh negara tahun depan.
“Kita nak tonjolkan Kuala Lumpur sebagai yang ada jiwa dan ibu negara setahap kelas antarabangsa.
“Saya harap mereka yang datang, akan datang sekali lagi…maksudnya datang berkali-kali bukan hanya one off (sekali datang),” katanya kepada pemberita selepas sambutan Deepavali di Matic, Kuala Lumpur.
Beliau mengulas persediaan DBKL sempena TMM2026.
Sementara itu, Maimunah berkata pihaknya akan mengumumkan deretan program sepanjang tahun depan, esok.
“Saya akan berikan sambutan acara selama setahun (esok). Memang kita telah bersedia tahun ini, buat perbincangan dengan orang ramai, libat urus, apa program yang nak dijalankan sepanjang tahun 2026,” katanya.