
Dalam kenyataan, KPM memaklumkan bahawa Kalendar Akademik 2026 boleh dimuat turun melalui portal rasmi kementerian di pautan ini.
Kumpulan A melibatkan sekolah di Kedah, Kelantan dan Terengganu dan Kumpulan B di Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Kuala Lumpur, Wilayah Labuan dan Putrajaya.
“Kejayaan mengembalikan semula sesi persekolahan kepada Januari dilakukan secara berperingkat dan tertib serta tanpa menganggu pengoperasian institusi pendidikan.
“Ia adalah hasil perancangan rapi dan komitmen tidak berbelah bahagi warga pendidikan di semua peringkat,” menurut kenyataan itu.
Kementerian juga menyelaras tarikh-tarikh bagi cuti perayaan sepanjang tempoh sesi persekolahan 2026 yang melibatkan sambutan Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Deepavali, Pesta Kaamatan, Hari Gawai Dayak dan Krismas.
KPM memaklumkan usaha berkenaan mencerminkan tekad kementerian untuk terus mengutamakan kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga sekolah.