
Mengucapkan tahniah kepada Ahli Parlimen Arau terbabit di atas pelantikan itu, Shukri berkata Shahidan diharap dapat terus memimpin dan memperkukuh perpaduan serta kekuatan PN di Perlis.
“Sekali gus memastikan pentadbiran PN terus kekal mentadbir Perlis dan membawa kejayaan dalam PRU16,” katanya di Facebook.
Semalam, Setiausaha Agung PN Azmin Ali mengumumkan beberapa perubahan struktur pimpinan PN negeri.
Selain Shukri, turut digugurkan Ahli Parlimen Indera Mahkota Saifuddin Abdullah sebagai ketua PN Pahang yang digantikan dengan Timbalan Presiden PAS.
Adun Bemban Dr Yadzil Yaakub yang juga ketua pembangkang DUN Melaka turut digantikan daripada jawatan ketua PN Melaka.
Ketua Wanita PN Mas Ermieyati Samsudin dilantik ke jawatan itu.
Menurut Azmin, keputusan itu sebagai sebahagian usaha memperkukuhkan wadah perjuangan PN sebagai gabungan politik inklusif, progresif dan prihatin rakyat.