
Dalam kenyataan dikeluarkan bekas setiausaha bahagian Shahrul Azhar Amir, turut meletak jawatan semua ahli jawatankuasa Bersatu Masjid Tanah, pimpinan semua sayap dan seluruh ketua cawangan.
“Mesyuarat ini merakamkan secara sebulat suara tindakan itu dibuat atas faktor telah kehilangan kepercayaan kami kepada Muhyiddin Yassin sebagai presiden,” menurutnya.
Mas Ermeyati yang juga ketua wanita Bersatu mengesahkan perkara itu ketika dihubungi FMT.
Pada Sabtu, Ahli Parlimen Masjid Tanah itu hadir ke majlis perhimpunan menyokong Timbalan Presiden Hamzah Zainuddin yang dipecat Bersatu, sehari sebelumnya.
Bekas timbalan presiden itu turut mendakwa disokong 18 daripada 25 Ahli Parlimen Bersatu.
Difahamkan, tindakannya itu hadir ke perhimpunan pertemuan digerakkan pasca pemecatan Hamzah menyebabkannya beliau berada dalam ‘radar’ pimpinan Bersatu.
Dalam satu hantaran yang tular, Setiausaha Agung Bersatu Azmin Ali dipetik berkata parti sedang mengumpul maklumat berhubung perhimpunan itu.