
Majistret Nursyaheeqa Nazwa Radzali menjatuhkan hukuman itu selepas A Thayalan @ Sivapragasam, 56, mengaku bersalah terhadap pertuduhan dibacakan terhadapnya bawah Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri.
Tertuduh yang berasal dari Ipoh, Perak, mengaku melakukan kesalahan itu di kuil berkenaan di Jalan Hospital, kira-kira 8.30 pagi pada 9 Sept lalu.
Timbalan Pendakwa Raya Chuah Kai Sheng mengendalikan pendakwaan, manakala Thayalan tidak diwakili peguam.
Menurut fakta kes, seorang pengadu membuat laporan polis selepas mendapati beberapa barangan untuk melakukan ibadat terdiri pelita tembaga berantai, dulang tembaga, pasu tembaga dan tiga patung dewa tembaga di kuil tersebut, hilang pada hari kejadian.
Susulan laporan itu, tertuduh ditahan pada 18 Sept di sebuah rumah di Jalan Kampung Gita Laut, di sini.
Siasatan awal mendapati tertuduh menjual barangan berkenaan di sebuah premis membeli besi buruk di Jalan Setia Raja, di sini pada 13 Sept dan perbuatan tersebut turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) dan ujian air kencing mendapati lelaki itu positif dadah jenis amphetamin dan methamphetamine.