
Amirudin yang juga menteri besar Selangor berkata adalah tidak adil untuk isu pendidikan yang melibatkan begitu ramai pemegang taruh diletakkan hanya pada bahu Kementerian Pendidikan atau menteri pendidikan.
“Saya mencadangkan ini kerana setiap negeri mempunyai dinamik yang tersendiri baik dari segi kekuatan ataupun ruang untuk ditambah baik.
“Kita tidak hanya ingin melihat dari segi infrastruktur fizikal, tetapi merangkul kekuatan komuniti tempatan dan pakar dalam pelbagai bidang,” kata pada sesi perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan 2026 di Dewan Rakyat.
Beliau juga mengakui terkesan dengan insiden seorang pelajar berusia 16 tahun maut ditikam di sebuah sekolah di Selangor baru-baru ini.
Katanya, sudah tiba masanya untuk semua pihak berganding bahu dan menerima hakikat bahawa pendidikan seharusnya menjadi tanggungjawab semua.
“Yang paling utama untuk tempoh ini adalah untuk memulihkan keyakinan para ibu bapa bahawa tahap keselamatan sekolah sekolah akan dipertingkatkan. Itu yang utama,” katanya.
Dalam kejadian 14 Okt lalu, Yap Shing Xuen, 16, ditemukan maut akibat ditikam di dalam tandas di sebuah sekolah menengah di Bandar Utama.
Susulan kejadian itu, seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun didakwa di Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada 22 Okt lalu atas tuduhan membunuh.