4 maut nahas motosikal di Tangkak

4 maut nahas motosikal di Tangkak

Tiga penunggang dan seorang pembonceng meninggal dunia dalam kejadian di Jalan Muar-Segamat malam tadi.

4 maut nahas motosikal
Ketua Polis Tangkak Roslan Mohd Talib, berkata, tiga meninggal dunia di lokasi, manakala seorang penunggang lain maut ketika mendapat rawatan. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Empat maut dalam nahas tiga motosikal dengan sebuah kereta di KM32.5, Jalan Muar-Segamat, Tangkak, malam tadi.

Dalam kejadian pada 10.55 malam itu, mangsa maut berusia 18 hingga 20 tahun.

Ketua Polis Tangkak Roslan Mohd Talib, berkata, tiga mangsa iaitu penunggang motosikal Yamaha 135LC dan penunggang Yamaha Y15ZR serta pembonceng, remaja perempuan meninggal dunia di tempat kejadian.

Manakala, seorang lagi penunggang motosikal Yamaha 135LC meninggal dunia di Hospital Tangkak, semasa mendapatkan rawatan.

“Pemandu kereta Perodua Myvi bersama penumpang tidak mengalami kecederaan.

“Polis sedang melakukan siasatan terperinci berhubung nahas membabitkan empat mangsa itu,” katanya menurut Kosmo.

Roslan berkata, semua mangsa dihantar ke Hospital Tangkak untuk bedah siasat.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.