Sarawak terima bahagian terbesar pelaburan huluan Petronas sepanjang 7 tahun lalu

Sarawak terima bahagian terbesar pelaburan huluan Petronas sepanjang 7 tahun lalu

Sarawak terima RM113.2 bilion iaitu hampir separuh daripada keseluruhan pelaburan huluan Petronas, dalam tempoh antara 2018 hingga 2024.

Petronas
Menteri Azalina Othman Said kata Sarawak jana hasil huluan tertinggi untuk Petronas.
PETALING JAYA:
Sarawak memperoleh bahagian terbesar pelaburan huluan Petronas sepanjang tujuh tahun lalu, menerima RM113.2 bilion daripada RM256 bilion yang dibelanjakan seluruh negara, Dewan Rakyat diberitahu.

Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi, Azalina Othman Said, berkata syarikat minyak negara melaburkan RM86.5 bilion di Semenanjung, manakala Sabah menerima RM56.3 bilion dalam tempoh antara 2018 hingga 2024.

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Mordi Bimol (PH-Mas Gading) yang mahukan pecahan kos penerokaan dan pengeluaran tahunan Petronas bagi operasi minyak dan gas di negeri yang mengeluarkan komoditi berkenaan ketika tempoh itu.

Azalina berkata Sarawak juga menjana hasil huluan tertinggi untuk Petronas.

Hasil huluan diperoleh daripada daripada mencari serta mengeluarkan minyak dan gas sebelum ditapis atau dijual sebagai bahan bakar.

Menurutnya, Semenanjung merekodkan hasil huluan sebabyak RM284.8 bilion, Sabah RM205 bilion dan Sarawak RM285.4 bilion.

Azalina berkata, keseluruhannya hasil huluan negara dalam tempoh antara 2018 dan 2024 berjumlah RM775.2 bilion, manakala pelaburan huluan keseluruhan RM256 bilion.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.