
Katanya, kertas kabinet penggubalan RUU berkenaan akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri seawal November ini sebelum dibawa ke Parlimen untuk bacaan pertama pada 1 Dis.
“Harapan saya jika semua tiada masalah, kita boleh buat bacaan pertama pada 1 Dis dan bacaan kedua mungkin pada minggu yang sama.
“Harapannya pada minggu pertama Disember itu kita boleh selesai dengan kewujudan RUU di peringkat Dewan Rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran garis panduan khas pengendalian kes kesalahan seksual terhadap kanak-kanak 2025. Turut hadir, Hakim Besar Malaya Hasnah Mohammed Hashim.
Sebelum ini, Azalina berkata pihaknya berharap RUU terbabit menjadi jalan penyelesaian kes berkaitan buli dengan lebih cepat berbanding proses mahkamah yang mengambil tempoh panjang.
Menurutnya, tribunal berkenaan akan berperanan sebagai badan separa kehakiman yang mengendalikan kes berkaitan buli.
Azalina diberi tempoh enam bulan untuk membentangkan kertas cadangan kepada Jemaah Menteri berhubung penggubalan RUU Tribunal Anti-Buli.