Norazlinah ikrar terus berjuang untuk pembangunan Kunak

Norazlinah ikrar terus berjuang untuk pembangunan Kunak

Bekas Adun Kunak Norazlinah Arif mahu pastikan suara rakyatnya terus didengar supaya daerah itu menikmati kemajuan.

Norazlinah Arif
Norazlinah Arif guna pelbagai saluran untuk memperjuangkan isu Kunak termasuk bertemu rakyat serta platform media sosial. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Bekas Adun Kunak Norazlinah Arif berikrar untuk terus memperjuangkan pembangunan daerah itu supaya seiring dengan arus kemajuan di Sabah.

Menurutnya, cabaran paling besar bagi wakil rakyat di luar bandar seperti Kunak ialah memastikan suara rakyat benar-benar sampai ke pengetahuan kerajaan negeri dan persekutuan.

Sehubungan itu, Norazlinah berkata beliau menggunakan pelbagai saluran untuk memperjuangkan isu Kunak termasuk melalui perbahasan di DUN, perbincangan dengan kepimpinan negeri serta platform media sosial.

“Usaha itu bukan sahaja tertumpu kepada pembangunan infrastruktur asas tetapi turut merangkumi aspek kebajikan dan kesejahteraan rakyat tempatan.

“Harapan saya cuma satu – Kunak tidak lagi dipandang sebelah mata. Kunak juga berhak maju seperti daerah lain di Sabah,” katanya di Facebook.

Norazlinah yang juga ketua Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS) Kunak mula menjadi wakil rakyat bagi kawasan terbabit sejak 2018 dan mempertahankannya pada PRN 2020.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.