Remaja parah ditikam ketika menunggang motosikal

Remaja parah ditikam ketika menunggang motosikal

Mangsa sebelum itu menunggang motosikal bersendirian di Tanjung Kling sebelum dihampiri suspek tidak dikenali, petang semalam.

mangsa tikam
Gambar tular menunjukkan seorang remaja perempuan berlumuran darah selepas dipercayai ditikam individu tidak dikenali. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Seorang remaja perempuan dilaporkan parah dipercayai ditikam individu tidak dikenali ketika menunggang motosikal di Tanjung Kling, Melaka, petang semalam.

Mangsa sebelum itu menunggang motosikal bersendirian di kawasan Solok Tangga Batu sebelum dihampiri suspek yang menaiki sebuah motosikal, dalam kejadian kira-kira 5.30 petang itu, lapor Sinar Harian.

Mangsa yang cedera kemudiannya dibantu oleh orang ramai sebelum dikejarkan ke Hospital Melaka dengan ambulans untuk rawatan lanjut.

Gambarnya turut tular di media sosial yang menunjukkan keadaan mangsa dengan kesan darah di bahagian belakang badan.

Sementara itu, Ketua Polis Melaka Tengah Christopher Patit memaklumkan bahawa pihaknya kini sedang memburu suspek suspek yang masih bebas.

Beliau berkata mangsa tidak mengenali suspek dan siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk mengenal pasti motif serangan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.