
Ketua Polis Kulim, Zulkifli Azizan, berkata suspek yang masing-masing berusia 34 dan 23 tahun itu direman bermula hingga 27 Oktober ini untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 dan Seksyen 326 Kanun Keseksaan, menurut Berita Harian.
Terdahulu, media melaporkan 22 cedera termasuk seorang parah di dahi dalam insiden letupan akibat pembakaran mercun di Jalan Paya Besar dekat sini, tengah malam semalam.
Semua mangsa dihantar ke Hospital Kulim untuk rawatan lanjut.
Berdasarkan siasatan polis, kejadian berlaku apabila suspek dalam keadaan mabuk dan memasang mercun secara terbalik manakala suspek kedua pula membakar mercun berkenaan sebelum meletup dan mencederakan orang awam.