PAS akan tanding 12 kerusi PRN Sabah

PAS akan tanding 12 kerusi PRN Sabah

Naib Presidennya Nik Amar Abdullah berkata parti itu berharap dapat menang sekurang-kurangnya satu kerusi untuk memecahkan 'telur' di Sabah.

NIK_MOHD_AMAR_ABDULLAH
Naib Presiden PAS Nik Amar Abdullah berkata parti itu sedang bincang agihan kerusi dengan sekutunya dalam PN.
PETALING JAYA:
PAS akan bertanding 12 kerusi pada PRN Sabah bulan depan, kata Naib Presidennya, Nik Amar Abdullah.

Tetapi, beliau berkata, PAS sedang membincangkan agihan kerusi dengan Bersatu dan parti lain dalam PN.

“Kita berharap menerusi 12 kerusi yang ditandingi itu, kita akan menang sekurang-kurangnya satu kerusi untuk memecahkan ‘telur’ di Sabah,” katanya menurut Berita Harian dalam Ceramah Umum Sambutan 70 Tahun PAS Kelantan di Kota Bharu, malam tadi.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 15 Nov ini hari penamaan calon, 25 Nov pengundian awal dan 29 Nov hari mengundi bagi PRN Sabah ke-17.

Dewan Undangan Negeri Sabah mempunyai 79 kerusi, dengan 73 daripadanya akan dipertandingkan dan enam lagi kerusi lantikan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.