
KOTA KINABALU: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan nasihat berkaitan Ribut Tropika (Fengshen), yang bergerak ke arah barat laut dengan kelajuan 30km/j pada jarak kira-kira 961km ke timur laut, Kudat, Sabah.
MetMalaysia memaklumkan, ribut itu mencatat kelajuan angin maksimum 65km/j namun setakat ini tidak memberikan kesan signifikan kepada Malaysia.
Menurut jabatan itu, kedudukan semasa ribut tropika berkenaan pada 11 pagi tadi adalah di latitut 14.7 utara dan longitud 120.6 timur, kira-kira 34km ke barat laut Manila City, Filipina.