Mayat 2 beranak dipercayai dibunuh ditemui dalam rumah

Mayat 2 beranak dipercayai dibunuh ditemui dalam rumah

Polis berkata siasatan terperinci masih dijalankan, termasuk sama ada mangsa dirompak sebelum dibunuh atau sebaliknya.

azizee ismail
Ketua Polis Pulau Pinang Azizee Ismail berkata mayat dua beranak itu ditemui suami wanita berkenaan yang pulang ke rumah kira-kira 7.30 malam Sabtu. (Gambar Facebook)
BUKIT MERTAJAM:
Mayat seorang wanita dan anak perempuannya yang dipercayai dibunuh, ditemui di sebuah rumah di Juru, di sini, malam tadi.

Ketua Polis Pulau Pinang, Azizee Ismail, mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan mayat dua beranak itu ditemui suami wanita berkenaan yang pulang ke rumah kira-kira 7.30 malam Sabtu.

“Polis masih menjalankan siasatan terperinci berhubung kejadian itu, termasuk sama ada mangsa dirompak sebelum dibunuh atau sebaliknya,” katanya ketika dihubungi Bernama malam tadi.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Difahamkan, mayat wanita berusia lingkungan 50-an itu ditemui di bahagian dapur tingkat bawah rumah terbabit, manakala anak perempuannya berusia 11 tahun ditemui di tingkat atas kediaman.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.