
Menurutnya, kerajaan memperkenalkan pelbagai bentuk program kebajikan dan perlindungan sosial, tetapi ada bantuan yang gagal sampai kepada golongan “sukar disasarkan”.
Beliau berkata, NGO dan majlis pengurusan komuniti kampung memainkan “peranan positif” sebagai perantara kerajaan, penderma dan penerima bantuan layak.
“Pertubuhan ini membantu mengisi jurang itu dengan bekerja di lapangan bersama masyarakat setempat,” katanya selepas merasmikan program Deepavali anjuran Yayasan Kita Anak Malaysia di Auto-City, Juru, di mana bantuan perayaan diagihkan kepada 1,000 penerima B40.
Chow menggesa media memainkan peranan lebih besar dalam melaporkan pelbagai bentuk bantuan disalurkan kerajaan bagi meningkatkan kesedaran orang ramai.
Kerajaan Pulau Pinang menyediakan bantuan tunai tahunan di bawah skim i-Sejahtera kepada warga emas, ibu tunggal, orang kurang upaya, suri rumah dan bayi.
Di peringkat persekutuan, inisiatif seperti Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Sumbangan Asas Rahmah (SARA), subsidi bahan api BUDI95 dan Dasar Gaji Progresif bagi mengurangkan kos sara hidup serta membantu orang ramai melalui bantuan bersasar dan insentif berkaitan upah.