
Pemangku Ketua Polis Baling, Ahmad Salimi Mat Ali, berkata, pihaknya pada Ahad lalu menerima laporan daripada pengadu berusia 53 tahun yang dimaklumkan guru disiplin berkaitan rakaman tular anaknya berbogel.
Katanya, polis kemudiannya menahan tiga pelajar sekolah dan bekas pelajar sekolah sama pada 9.30 malam hari sama untuk membantu siasatan.
“Siasatan lanjut mendapati, empat suspek terbabit melakukan hubungan seks termasuk secara berkumpulan pada Mei hingga Ogos lalu di beberapa lokasi di dalam kelas sekolah berkenaan.
“Semua suspek kemudiannya ditahan dan direman lima hari,” katanya, menurut Harian Metro.
Beliau berkata pihaknya turut merampas enam telefon bimbit untuk siasatan lanjut.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 375B Kanun Keseksaan kerana rogol berkumpulan dan menghantar pornografi kanak-kanak.
“Kita memandang serius kejadian ini dan orang ramai, terutamanya ibu bapa serta penjaga diminta memantau kegiatan dan pergerakan anak-anak terutamanya dalam kalangan remaja,” katanya.