
Majistret Shahril Anuar Ahmad Mustapha mengeluarkan perintah itu selepas membenarkan permohonan daripada pihak polis, lapor Sinar Harian.
Pelajar itu direman sehingga Selasa minggu depan untuk disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Dalam kejadian kira-kira 9.30 pagi semalam, seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun di SMK Bandar Utama Damansara (4) dilaporkan maut selepas ditikam seorang pelajar lelaki.
Suspek dikatakan membawa senjata tajam dipercayai pisau ke sekolah.
Ketua Polis Negara, Khalid Ismail, berkata suspek ditahan dengan motif kejadian masih disiasat.
Kedua-dua suspek dan mangsa belajar di kelas peralihan masing-masing di Tingkatan 1 dan 3.