Polis perolehi surat semasa tangkapan suspek kes tikam pelajar

Polis perolehi surat semasa tangkapan suspek kes tikam pelajar

Polis ditanya sama ada ia mengesan suatu surat ketika pemeriksaan ke atas suspek.

Shazeli Kahar
Ketua Polis Selangor, Shazeli Kahar, kata suatu surat ditemui bersama dengan suspek kes tikam pelajar. (Gambar Bernama)
SHAH ALAM:
Polis memperolehi suatu surat semasa tangkapan suspek kes tikam pelajar SMK Bandar Utama Damansara (4).

Ketua Polis Selangor, Shazeli Kahar, memaklumkan perkara itu apabila ditanya pemberita sama ada polis mengesan suatu surat ketika pemeriksaan dijalankan ke atas suspek.

Pertanyaan ini susulan suatu surat yang tular di media sosial.

“Semasa tangkapan dibuat dan pemeriksaan awal kita memperolehi butir-butir tersebut yang dalam siasatan pihak pengawai penyiasat,” katanya pada sidang media di IPK Selangor, dan menambah surat itu bersama dengan suspek.

Dalam kejadian kira-kira 9.30 pagi semalam, seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun di Bandar Utama Damansara (4) dilaporkan maut selepas ditikam seorang pelajar lelaki, 14.

Terdahulu, Mahkamah Majistret membenarkan pelajar terbabit ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.