Kepong, KL, PJ terputus bekalan elektrik

Kepong, KL, PJ terputus bekalan elektrik

TNB mengesahkan pasukan teknikalnya sedang berada lokasi untuk baik pulih bekalan.

Dilaporkan di media sosial, antara kawasan terjejas termasuk Seksyen 8 di Petaling Jaya, Universiti Malaya, Bukit Damansara dan Mont Kiara.
PETALING JAYA:
Beberapa kawasan di sekitar Lembah Klang dilaporkan terputus bekalan elektrik petang ini.

Tinjauan di media sosial mendapati antara kawasan terjejas termasuk Seksyen 8 di sini, Universiti Malaya, Bukit Damansara dan Mont Kiara.

Warganet turut melaporkan gangguan bekalan elektrik di pusat beli-belah utama termasuk Mid Valley Megamall, Pavilion Damansara Heights dan TRX.

Menerusi hantaran di Facebook, Tenaga Nasional Bhd (TNB) mengesahkan berlaku gangguan bekalan elektrik di beberapa kawasan di Kepong dan Kuala Lumpur.

Menurut syarikat itu, pasukan teknikalnya sedang berada lokasi untuk melakukan kerja-kerja membaik pulih bekalan

“Kesabaran anda amat kami hargai dan segala kesulitan amat dikesali,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.