Harga petrol, diesel kekal hingga 22 Okt

Harga petrol, diesel kekal hingga 22 Okt

Di Semenanjung, harga runcit RON97 masih RM3.18 seliter, dan diesel RM2.93 seliter.

fuel prices
PETALING JAYA:
Harga runcit petrol RON97 kekal RM3.18 seliter dan diesel RM2.93 seliter di Semenanjung hingga 22 Okt ini.

Sementara itu, di Sabah, Sarawak dan Labuan, harga diesel kekal RM2.15 seliter.

Dalam pada itu, menurut Kementerian Kewangan, harga RON95 tanpa subsidi masih berada pada kadar RM2.60 seliter, manakala menerusi BUDI95, kekal RM1.99 seliter.

“Kerajaan akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” kata kementerian dalam kenyataan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.