
Katanya, menjadi tanggungjawabnya membawa keluar perkara ‘disimpan’ demi mengelak sebarang kejadian lebih buruk berlaku.
“Jika semua mahu disimpan dalam karpet, seolah-olah hanya perkara baik saja yang ada…tetapi hakikatnya ada sesuatu yang berlaku.
“Ini umpama duri dalam daging dan umpama bom atom yang hanya tunggu untuk meletup saja. Ia memang menyedihkan (kes negatif di sekolah) dan tiga bulan saya memegang jawatan sebagai ketua pengarah, banyak data dalam gejala ini saya kutip,” katanya menurut Berita Harian.
Beliau berkata demikian pada Majlis Peluncuran Program Kempen Anti Buli anjuran polis, di Kuala Lumpur.
Azam memberi peringatan supaya setiap gejala negatif perlu dilaporkan.
“Walaupun setiap hari (sekolah dan guru) menerima aduan sama ada amang seksual dan buli, ia harus diberi perhatian.
“Perhatian itu penting untuk kita duduk bersama menyusun strategi, menyusun kerjasama dan memikul tanggungjawab.”
Mengulas lanjut, beliau menzahirkan rasa gembira apabila ‘perkara disimpan di bawah karpet’ itu ditarik keluar dan menarik perhatian ramai.
“Dari perhatian, kita mula sedar, perlunya ada inisiatif baharu untuk kita bangunkan program bagi mendidik generasi muda hari ini,” katanya.