
Membangkitkan isu ini semasa perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026 di Dewan Rakyat hari ini, Hasnizan Harun (PN-Hulu Selangor) berkata terdapat kewajaran untuk tindakan perubahan dilakukan.
“Saya melihat sendiri dan mendengar dilema yang dialami pramugara dan pramugari yang beragama Islam tetapi terpaksa menghidangkan sesuatu yang jelas haram dalam agama Islam.
“Begitu juga penumpang yang tidak selesa dengan situasi yang berlaku,” katanya.
Ini bukan kali pertama PAS membuat gesaan ini. Pada 2017, timbalan ketua Pemuda PAS ketika itu, Ahmad Fadhli Shaari, pernah membuat cadangan tersebut selepas seorang penumpang mabuk membuat gangguan dan menyebabkan pesawat MAS berpatah balik ke Melbourne.
Hasnizan berkata cadangannya bukan soal menafikan hak sesiapa tetapi menghormati agama dan sensitiviti majoriti rakyat.
Beliau menggesa kementerian agar penyajian arak dihentikan sepenuhnya dalam penerbangan Malaysia Airlines.