
Ketua Polis Bau, Haide A Rahman, berkata suspek ialah bekas teman lelaki mangsa, menurut laporan difailkan ibu gadis itu.
Menurutnya, telefon bimbit suspek turut dirampas bagi membantu siasatan.
“Pengadu memaklumkan anak perempuannya yang masih bawah umur diserang secara seksual oleh bekas teman lelaki, yang turut menyebarkan video lucah mangsa di media sosial tanpa kebenaran,” katanya menurut The Borneo Post.
Kes disiasat mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan kerana merogol serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 atas penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian.
Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, manakala Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia membawa denda sehingga RM50,000, penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.