
Namun terdapat kemungkinan MIC tidak bertanding, mengambil kira jumlah pengundi berketurunan India yang kecil di Sabah, kata Pengerusi Zahid Hamidi.
”Calon BN kebanyakannya insya-Allah muka baharu, di samping kita kekalkan muka lama dan kita akan ramaikan juga golongan profesional,” katanya lapor Bernama, selepas program Outreach Pelan Transformasi Ekonomi Bumiputera 2035 di Kuala Selangor.
Zahid juga memaklumkan tidak ada pertindihan kerusi dengan rakan kerjasama, Pakatan Harapan, dan jumlah kerusi yang bakal ditandingi BN akan diumumkan pada hari penamaan calon kelak.
Ketua Menteri Hajiji Noor mengumumkan pembubaran DUN Sabah bagi memberikan laluan kepada PRN ke-17, pada 6 Okt lepas.
DUN Sabah mempunyai 79 kerusi, dengan 73 daripadanya dipertandingkan manakala enam lagi merupakan Adun yang dilantik.