Upko cadang tanding guna lambang sendiri

Upko cadang tanding guna lambang sendiri

Upko mahu PH mempunyai penonjolan kepada semangat Sabah, jelas Presiden Ewon Benedick.

EWON BENEDICK
Presiden Ewon Benedick ulas khabar angin menyatakan Upko bakal bertanding menggunakan logo sendiri. (Gambar Bernama)
KOTA KINABALU:
Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) mengemukakan cadangan kepada majlis presiden Pakatan Harapan (PH) untuk menggunakan lambang sendiri pada PRN Sabah.

Presiden Ewon Benedick berkata perkara itu bagaimanapun masih di peringkat perbincangan.

“Kita mahu PH mempunyai penonjolan kepada semangat Sabah dan sebab itu Upko mengemukakan syor untuk menggunakan logo sendiri dan saya percaya rakan-rakan pimpinan PH memahami apa yang telah disuarakan terkait dengan pemakaian logo ini.

“Bagi saya apabila ia masih dibincangkan, biarlah ia dibincangkan dan diputuskan dulu. Apabila sudah ada keputusan barulah kita maklumkan,” katanya kepada pemberita.

Ewon mengulas khabar angin yang menyatakan Upko bakal bertanding menggunakan logo sendiri pada PRN Sabah akan datang.

Sementara itu, Ewon yang juga penyandang kerusi DUN Kadamaian mengesahkan akan mempertahankan kerusi berkenaan.

Ketua Menteri Hajiji Noor mengumumkan pembubaran DUN Sabah bagi memberi laluan kepada PRN Sabah ke-17, pada 6 Okt lepas.

DUN Sabah mempunyai 79 kerusi, dengan 73 daripadanya dipertandingkan manakala enam lagi merupakan Adun yang dilantik.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.