Pelepasan cukai RM2,500 untuk mesin rincih sisa makanan, CCTV

Pelepasan cukai RM2,500 untuk mesin rincih sisa makanan, CCTV

Pelepasan cukai yang dipertingkatkan itu akan berkuat kuasa dari tahun taksiran 2026 hingga 2027.

home cctv
CCTV dan mesin rincih sisa makanan ditambah dalam senarai pelepasan cukai pendapatan individu semasa untuk mesin kompos makanan dan kemudahan pengecasan EV. (Gambar Envato Elements)
PETALING JAYA:
Kerajaan bercadang memperluaskan pelepasan cukai pendapatan individu bagi menggalakkan kelestarian alam dan keselamatan dalam gaya hidup rakyat Malaysia.

Di bawah cadangan baharu ini, pembayar cukai boleh mendapat pelepasan sehingga RM2,500 bagi pembelian mesin rincih sisa makanan (food waste grinder) dan kamera litar tertutup (CCTV) di rumah.

Kementerian Kewangan berkata, langkah ini bagi menggalakkan gaya hidup lestari dan selamat melalui penggunaan teknologi hijau serta sistem keselamatan pintar.

Pelepasan cukai yang dipertingkatkan itu akan berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2026 hingga 2027, dengan tuntutan boleh dibuat dua tahun sekali.

Pada masa ini, pelepasan itu meliputi pembelian, sewaan, bayaran pemasangan atau langganan peralatan pengecasan kenderaan elektrik (EV) mulai tahun taksiran 2022 hingga 2027, manakala mesin kompos makanan isi rumah boleh dituntut tiga tahun sekali bermula 2025 hingga 2027.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.