Mayat ditemukan dalam bagasi

Mayat ditemukan dalam bagasi

Mayat lelaki tanpa identiti itu ditemui pekerja pembersihan saluran berhampiran Flat Ampang Jajar, Permatang Pauh.

Penemuan mayat itu dilaporkan pekerja yang menjalankan tugas rutin, menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Anuar Abdul Rahman. (Gambar PDRM)
BUTTERWORTH:
Polis mengesahkan penemuan satu mayat lelaki tanpa identiti yang disumbat dalam sebuah bagasi berhampiran Flat Ampang Jajar, Permatang Pauh di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Anuar Abdul Rahman berkata pihaknya menerima laporan mengenai penemuan mayat itu pada 1.43 petang.

“Siasatan masih lagi diteruskan dan perkembangan lanjut akan dimaklumkan kemudian,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Difahamkan mayat ditemukan pekerja pembersihan saluran yang sedang menjalankan tugasan rutin di kawasan rumah pangsa berkenaan sebelum melaporkannya kepada pihak polis.

Mayat dibawa ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk bedah siasat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.