
Kementerian Kewangan (MoF) mengumumkan harga RON97 dikemaskini kepada RM3.18 seliter, bagi tempoh 9 Okt hingga 15 Okt.
“Kerajaan akan terus memantau perkembangan pasaran dan menyelaras harga runcit RON97 dengan mengambil kira pergerakan harga pasaran minyak dan juga menyokong kestabilan harga,” menurut kenyataan.
Sementara itu, harga runcit bagi RON95 tanpa subsidi dan bersubsidi bawah BUDI95 kekal pada harga semasa.
MoF mengumumkan RON95 tanpa subsidi kekal pada RM2.60 seliter, manakala RON95 bawah BUDI95 kekal pada RM1.99 seliter.
Harga runcit diesel turut kekal, iaitu RM2.93 seliter di Malaysia Barat, dan RM2.15 seliter di Malaysia Timur.