
Menurut Pengarah Bomba Sabah Mohd Pisar Aziz, pelancong lelaki berusia 25 tahun dan wanita berusia 28 tahun itu menginap di Sutera Mantanani sejak Sabtu lepas.
“Kedua-dua mangsa sepatutnya mendaftar keluar daripada penginapan pada 5 Okt dan bergerak keluar dari Pulau Mantanani namun hingga kini masih belum keluar dan belum dijumpai.
“Barang-barang kepunyaan mereka masih berada di dalam bilik,” katanya dalam kenyataan, lapor Bernama.
Mohd Pisar berkata, Balai Bomba Penyelamat (BBP) Kota Belud menerima panggilan kecemasan dari balai polis Kota Belud pada 9.25 pagi semalam sebelum ke lokasi kejadian.
Menurutnya, pasukan bomba bersama pasukan penyelamat di air (PPDA) berada di lokasi kejadian bagi mendapatkan maklumat dan menjalankan operasi mencari dan menyelamat menggunakan kaedah pencarian di permukaan air di persisiran pulau bersama pasukan penyelamat daripada beberapa agensi lain.