Pemandu rentung, lori terbakar di Lebuhraya Karak

Pemandu rentung, lori terbakar di Lebuhraya Karak

Kejadian berlaku pagi tadi di Kilometer 28 Lebuhraya Karak arah dari Genting Sempah ke Kuala Lumpur.

kemalangan lori genting sempah
Tangkap layar video tular menunjukkan keadaan lori yang terbakar selepas terbabit dalam kemalangan pagi tadi.
PETALING JAYA:
Seorang pemandu lori rentung selepas kenderaan dipandunya terbakar akibat kemalangan dalam kejadian di Kilometer 28 Lebuhraya Karak arah dari Genting Sempah ke Kuala Lumpur, pagi tadi.

Mangsa yang maut itu dikenali sebagai Muhammad Izzat Kamaruddin, 28.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 4.21 pagi.

Katanya, mereka menggerakkan enam anggota dan pegawai bersama jentera dari dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selayang ke lokasi.

“Sebaik tiba pada 5.07 pagi, kita dapati sebuah lori terbakar kira-kira 60%.

“Pemandunya ditemui rentung dan disahka meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan di lokasi,” katanya, menurut Sinar Harian.

Menurutnya, api berjaya dikawal sepenuhnya pada 5.12 pagi.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.