Menuju PRN, amaran GRS kepada lawan: ‘Tiba masa mereka menjawab’

Menuju PRN, amaran GRS kepada lawan: ‘Tiba masa mereka menjawab’

Amaran ini menyusuli pembubaran DUN Sabah hari ini, yang menyaksikan GRS beralih kepada mod pilihan raya.

Armizan Mohd Ali
Timbalan Setiausaha Agung GRS Armizan Ali kata gabunganbya sedia menjawab kepada rakyat tentang usaha mereka ketika mentadbir Sabah. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) memberi amaran kepada parti lawan ketika Sabah menanti tirai PRN17 dibuka, bahawa sudah tiba masanya mereka menjawab isu-isu ketika memegang jawatan.

Amaran ini menyusuli pembubaran DUN Sabah hari ini, yang menyaksikan GRS beralih kepada mod pilihan raya.

“Dulu kita biarkan saja orang maki hamun dan cipta spekulasi, kita pula fokus buat kerja.

“Kalau dulu kita diasak menjawab, tiba masa kita minta mereka juga menjawab,” kata Timbalan Setiausaha Agung Armizan Ali dalam kenyataan.

Beliau mengingatkan bahawa dalam kalangan parti lawan ada yang pernah atau masih memegang jawatan dalam kerajaan.

“Akhirnya, kita serahkan kepada rakyat untuk menilai. Kita yakin rakyat amat bijak menimbang mana jawapan bersandar fakta, dan mana lantunan retorik berapi,” katanya.

Mengenai GRS pula, Armizan berkata masih banyak yang perlu ditambah baik, dan terdapat isu yang tidak boleh selesai serta-merta.

“Hakikatnya, tidak ada siapa sebelum kami yang sempurna, malah mewariskan banyak isu dan permasalahan,” katanya.

Bagaimanapun GRS sedia menjawab kepada rakyat tentang usaha mereka ketika mentadbir Sabah, tegasnya.

“Kita akan persembahkan bukti ‘we walk the talk’ dan ‘work in progress’,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.