Budak 2 tahun maut dihempap tiang pagar rumah

Budak 2 tahun maut dihempap tiang pagar rumah

Mangsa meninggal dunia akibat parah di kepala.

Mohamad Hatta Che Din
Ketua Polis Seremban Mohamad Hatta Che Din, berkata mangsa bermain dekat tiang pagar tidak kukuh yang tumbang menghempapnya. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Kanak-kanak perempuan dua tahun sembilan bulan maut selepas dihempap tiang konkrit pagar rumahnya, di Seremban.

Ketua Polis Seremban Mohamad Hatta Che Din, berkata kejadian berlaku kira-kira 7.15 malam semalam, ketika mangsa sedang bermain dengan kakaknya.

“Ketika mereka bermain, tiang pagar yang tidak kukuh itu tumbang dan menghempap mangsa. Ibu kanak-kanak itu bergegas membawanya ke Hospital Tuanku Ja’afar di Seremban sebelum disahkan meninggal dunia pada 9.14 malam.

“Hasil bedah siasat di Hospital Rembau mendapati punca kematian disebabkan kecederaan kepala akibat hentakan objek berat dan tiada kecederaan lain dikesan,” katanya menurut Bernama.

Beliau berkata, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan orang ramai dinasihatkan supaya memastikan struktur binaan di kediaman masing-masing dalam keadaan selamat bagi mengelakkan sebarang insiden.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.