Pegawai kanan polis mengaku tak salah ambil rasuah tutup siasatan

Pegawai kanan polis mengaku tak salah ambil rasuah tutup siasatan

Jika sabit kesalahan tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang RM10,000.

shah alam court
Nurul Shimir Izzati Mohammad Jamil didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan menerima rasuah daripada seorang lelaki untuk menghentikan siasatan terhadap isterinya.
SHAH ALAM:
Seorang pegawai kanan polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM2,500 bagi menutup satu siasatan.

Nurul Shimir Izzati Jamil didakwa bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana menerima wang itu daripada seorang lelaki di sebuah restoran di Puchong pada 16 Jun.

Bayaran itu didakwa dibuat bagi menghentikan siasatan terhadap isteri lelaki tersebut bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan.

Jika disabitkan kesalahan, tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang RM10,000.

Hakim Awang Kerisnada Awang Mahmud membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin serta memerintahkan pasportnya diserahkan dan melaporkan diri di pejabat SPRM Putrajaya sebulan sekali.

Kes akan disebut semula pada 3 Dis.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Amirah Ali.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.