
Ketua Polis Perak, Noor Hisam Nordin, berkata semua laporan itu dilakukan pelbagai pihak di Ipoh semalam.
“Ada tiga laporan (polis) tetapi (polis) belum panggil (Rafidah) untuk dirakam keterangan,” katanya selepas majlis meraikan 115 pesara dan bakal pesara polis kontinjen Perak 2025 di mes pegawai kanan di Jalan Sultan Azlan Shah.
Media sebelum ini melaporkan Rafidah menerusi video pendek di media sosial mendakwa Surau al-Karamah di Pasir Puteh bakal dirobohkan oleh pemaju perumahan untuk membina jalan raya.
Terdahulu, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) menasihatkan orang ramai tidak terpengaruh dengan sebarang dakwaan tidak tepat berhubung isu surau lama berkenaan.
Mengulas isu disifatkan ‘disensasikan’ itu, Yang Dipertua MAIPk, Mohd Annuar Zaini, berkata bangunan yang berada di atas tanah milik pemaju swasta itu dibina tanpa sebarang permohonan dan tidak mendapat kelulusan MAIPk selaku pihak berkuasa agama negeri.
Semalam, Ketua Pemuda PKR Ipoh Timor, Izzuddin Hariz, dalam kenyataan berkata tindakan segelintir individu tidak bertanggungjawab membangkitkan semula isu rumah ibadat itu sebagai cubaan menanam sentimen kebencian rakyat kepada kerajaan.