
Ketua Polis Negeri Sembilan, Alzafny Ahmad, berkata kanak-kanak 10 tahun itu ditemui tidak sedarkan diri dalam tandas di sekolah itu sebelum dihantar ke klinik swasta.
“Kira-kira 1.19 tengah hari semalam, pihak polis menerima maklumat berkaitan kematian seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun ketika menerima rawatan di sebuah klinik swasta.
“Mangsa dihantar guru disiplin untuk menerima rawatan di klinik terbabit, namun doktor yang merawat mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia,” katanya menurut Harian Metro.
Beliau berkata, bedah siasat akan dilakukan hari ini bagi menentukan punca kematian.
Justeru, beliau menasihatkan orang awam tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebarkan maklumat tidak sahih berhubung kes itu.
Seksyen 507 Kanun Keseksaan berkaitan ugutan melalui perantaraan komunikasi. Pindaan terkini memperkenalkan seksyen baharu 507B hingga 507G yang merangkumi kesalahan berkaitan buli dan gangguan, termasuklah ugutan melalui komunikasi, gangguan emosi serta doxing.
Seksyen 507C kesalahan berkaitan ugutan melalui komunikasi, iaitu mengancam melalui sebarang bentuk komunikasi.
Semalam, Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek dilaporkan berkata, kementeriannya akan memfokuskan sokongan psikososial dan emosi kepada murid serta guru sekolah terbabit yang akan dilaksanakan secara bersepadu oleh kaunselor mulai hari ini.