
Perdana menteri berkata, perkembangan proses pembebasan itu akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
“Kepada ahli keluarga semua aktivis dan sukarelawan, semoga terus diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi detik mencabar ini.
“Marilah kita bersama-sama memanjatkan doa agar semua tahanan, khususnya warga Malaysia, berada dalam keadaan selamat dan terpelihara,” katanya dalam catatan Facebook.
Anwar turut berkongsi video perbualan beliau dengan Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Sani Araby Abdul Alim Araby yang memaklumkan perkembangan terkini misi GSF.
Sebanyak 10 kapal membawa 23 rakyat Malaysia dalam misi kemanusiaan GSF ke Gaza.
Sehingga 7.50 pagi tadi (waktu Malaysia), 12 rakyat Malaysia ditahan tentera Israel selepas kapal mereka memasuki zon merah R3, kira-kira 100 batu nautika dari Gaza malam tadi.