21 ditahan, rampasan RM71.8 juta di kilang e-sisa haram

21 ditahan, rampasan RM71.8 juta di kilang e-sisa haram

Pihak berkuasa giat memburu dalang utama yang dipercayai sudah lama mengaut keuntungan lumayan hasil kegiatan haram itu.

Keadaan di kilang haram memproses sisa elektronik di kawasan perindustrian Gurun yang diserbu pihak berkuasa semalam. (Gambar PDRM)
PETALING JAYA:
Pihak berkuasa menahan 21 pekerja dan membuat rampasan berjumlah RM71.8 juta susulan serbuan ke atas sebuah kilang haram memproses sisa elektronik (e-sisa) di kawasan perindustrian Gurun, Kedah.

Komander Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), Rosli Md Yusof, berkata serbuan pada 11 pagi semalam itu hasil risikan Cawangan Risik FRU Bukit Aman bersama FRU 3 Pulau Pinang dan Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Menurutnya, 21 pekerja yang ditahan itu terdiri daripada seorang lelaki tempatan dan 20 warga asing dari Pakistan, Bangladesh, India dan Myanmar yang dipercayai bekerja secara haram.

“Hasil pemeriksaan lanjut dalam premis menemui longgokan kabel elektrik, tembaga, aluminium, komponen elektronik serta 1,043 beg jumbo berisi plastik,” katanya menurut Berita Harian.

Beliau berkata, semua pekerja itu diserahkan kepada IPD Kuala Muda untuk siasatan mengikut Akta Imigresen 1959/63, manakala JAS Sungai Petani menyita semua e-sisa dan peralatan untuk dianalisis serta disiasat bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.

“Siasatan giat dijalankan bagi memburu dalang utama sindiket ini yang dipercayai sudah lama mengaut keuntungan lumayan hasil kegiatan mencemarkan alam sekitar ini.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.