
Namun, Presiden dan Naib Canselor London School of Economics, Larry Kramer, mengingatkan bahawa ia tidak boleh dijadikan alat untuk menghalalkan tindakan keterlaluan kerajaan.
“Jika keselamatan negara dipersoalkan, persoalannya sejauh mana ancaman itu benar-benar wujud dan betapa seriusnya ia. Sampai tahap mana ia digunakan sebagai alasan untuk meluaskan kuasa dalam hal lain atau ke atas subjek lain?” katanya.
Dalam wawancara eksklusif bersama FMT, Kramer berkata pelaku di peringkat persekutuan dan negeri lazimnya berkongsi kepentingan bersama serta kepentingan yang berbeza.
“(Pemimpin) di peringkat berbeza berkongsi kepentingan politik yang sama dan juga berbeza kerana mereka masing-masing responsif terhadap kedudukan jawatan mereka.
“Di mana sahaja (pertikaian) itu diselesaikan dalam komuniti yang besar, di situlah hasilnya akan berpihak,” katanya.
Menurutnya, penyelesaian pertikaian antara kerajaan persekutuan dan negeri kini tidak lagi bergantung pada kewujudan peraturan kaku yang mengawal hubungan tersebut. Sebaliknya, ia memerlukan perdebatan perundingan tulen antara pemimpin yang bertanggungjawab dan responsif di kedua-dua peringkat kerajaan.
“Kecenderungannya bukanlah kerajaan pusat yang melampaui batas, tetapi kerajaan tempatan yang sering menceroboh bidang kuasa peringkat nasional. Itu memang benar dari segi sejarah di hampir semua tempat,” katanya.
Kramer menyifatkan politik demokrasi sebagai satu ‘perbualan’ yang kadangkala menghasilkan keputusan tidak popular – sesuatu yang tidak dapat dielakkan dalam demokrasi yang berfungsi.
“Persoalannya bukan sama ada terdapat ketegangan dan pertikaian sengit yang rakyat ambil berat, tetapi sama ada anda boleh menyelesaikannya dengan cara yang boleh diterima rakyat dan bergerak ke hadapan.”
Beliau berkata walaupun pemimpin di pelbagai peringkat kerajaan mungkin mengejar kepentingan politik berbeza, tindakan mereka terhadap isu keselamatan negara berikan tawaran terbaik untuk capai hasil yang positif.
Kramer turut menekankan kepentingan ilmu pengetahuan dan ketelusan dalam kalangan pemimpin politik, khususnya dalam era perubahan teknologi yang pesat.
Katanya, pemimpin mesti sentiasa peka dengan landskap yang berkembang di sekeliling mereka.
“Anda mahu mereka menjadi golongan yang boleh berunding, belajar dan sentiasa membentuk semula idea serta pemahaman mereka berdasarkan perkembangan semasa.
“Anda juga perlukan mereka (pemimpin) untuk bersikap telus – melibatkan komuniti serta terbuka mendengar, menyesuaikan diri, berkembang dan mengubah pendirian berdasarkan apa yang mereka dengar.”