Warga emas tular pandu lawan arus ditahan

Warga emas tular pandu lawan arus ditahan

Polis berkata siasatan mendapati kejadian terbabit berlaku 1 pagi semalam di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Restoran Jejantas Sungai Buloh.

lawan arus
Tangkap layar rakaman tular menunjukkan pemandu warga emas memandu kereta melawan arus berhampiran Restoran Jejantas Sungai Buloh, semalam.
PETALING JAYA:
Seorang warga emas ditahan polis selepas memandu kereta melawan arus dalam kejadian di Lebuhraya Utara Selatan berhampiran Restoran Jejantas Sungai Buloh, semalam.

Timbalan Ketua Polis Petaling Jaya, M Hussin Sollehuddin Zolkifly, berkata pihaknya mengesan kejadian itu selepas satu rakaman tular di TikTok pada 10.30 pagi.

Katanya, siasatan mendapati kejadian itu berlaku pada 1 pagi hari sama.

“Sepasukan anggota berjaya mengesannya dan menahan pemandu lelaki berusia lingkungan 80an itu,” katanya dalam kenyataan hari ini, menurut Sinar Harian.

Menurutnya, semakan mendapati warga emas terbabit tidak memiliki sebarang rekod lampau.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

“Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa mematuhi undang-undang jalan raya bagi mengelakkan kemalangan.

“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pemandu yang bertindak membahayakan pengguna jalan lain,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.