Mahkamah benar firma pemasaran cabar arahan MBPJ roboh papan iklan

Mahkamah benar firma pemasaran cabar arahan MBPJ roboh papan iklan

Danwan Corporation berkata struktur itu dibina di atas rizab jalan bersempadan dengan jalan persekutuan dengan lesen daripada kementerian kerja raya.

Pengarah Danwan, Stanley Ho berkata perkara itu kini akan diselesaikan di mahkamah.
PETALING JAYA:
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan permohonan sebuah syarikat pemasaran untuk mencabar arahan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) untuk merobohkan salah satu papan iklannya di Lebuhraya Persekutuan.

Danwan Corporation Sdn Bhd berkata mahkamah juga menangguhkan tindakan merobohkan papan iklan itu mengikut notis bertarikh 29 Ogos di bawah Undang-Undang Kecil Iklan (MBPJ) 2007.

Pengarah Danwan, Stanley Ho, dalam satu kenyataan hari ini berkata perkara itu kini akan diselesaikan di mahkamah.

Beliau menolak laporan media yang mendakwa papan iklan itu didirikan secara haram, sambil menegaskan ia dibina di atas rizab jalan bersempadan dengan jalan persekutuan dengan lesen daripada kementerian kerja raya.

“Kami percaya sebarang dakwaan yang mengatakan papan iklan itu didirikan tanpa kelulusan adalah tidak tepat dan mengelirukan,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.