Semak kelayakan subsidi BUDI95 di portal rasmi

Semak kelayakan subsidi BUDI95 di portal rasmi

Orang ramai juga boleh hubungi talian bantuan 1300-88-9595 untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Budi Madani.

Petrol 95
Menerusi BUDI95, semua warganegara berusia 16 tahun ke atas yang memiliki lesen memandu sah boleh membeli RON95 pada harga RM1.99 seliter.
PETALING JAYA:
Orang ramai boleh menyemak kelayakan untuk menikmati subsidi bawah Budi Madani RON95 (BUDI95) melalui laman sesawang khas www.budimadani.gov.my.

Inisiatif Kementerian Kewangan itu membolehkan rakyat menyemak profil dan kelayakan mereka.

Selain itu, orang ramai boleh menghubungi talian bantuan 1300-88-9595 untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai Budi Madani.

Menerusi BUDI95, harga RON95 dikurangkan kepada RM1.99 seliter dan dinikmati semua warganegara berusia 16 tahun ke atas yang memiliki lesen memandu sah, dengan pengesahan menggunakan MyKad.

Anggota tentera dan polis akan menerima manfaat itu lebih awal bermula Sabtu ini, diikuti sembilan juta golongan B40 terdiri penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) keesokannya, sebelum inisiatif itu diperluaskan kepada pengguna lain pada 30 Sept.

Kerajaan menjangkakan penjimatan RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun melalui pemansuhan subsidi pukal, yang akan disalurkan semula kepada bantuan bersasar seperti STR dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.