PDA bukan dipaksa, dilulus dengan sokongan Sarawak, kata Azhar

PDA bukan dipaksa, dilulus dengan sokongan Sarawak, kata Azhar

Bekas speaker Parlimen kata RUU dibentangkan oleh wakil Sarawak, dibahas tiga hari dan mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimennya.

Dewan Rakyat Azhar Harun ss 24925
Rekod Parlimen tunjuk wakil rakyat Sarawak terlibat secara aktif dalam perbahasan RUU Kemajuan Petroleum dan akhirnya menyokong, kata bekas speaker Dewan Rakyat Azhar Harun dalam audio siar bersama Zaid Ibrahim.
PETALING JAYA:
Bekas speaker Dewan Rakyat Azhar Harun menolak dakwaan bahawa Akta Kemajuan Petroleum 1974 (PDA) bercanggah dengan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), atau diluluskan tanpa persetujuan Sarawak.

Katanya, rekod Parlimen menunjukkan wakil rakyat Sarawak sendiri terlibat secara aktif dalam perbahasan rang undang-undang tersebut dan akhirnya menyokong kelulusannya.

“Akta petroleum dibahaskan selama tiga hari dan dibentangkan oleh wakil Sarawak sendiri. Lebih 20 hingga 22 ahli Parlimen dari Sarawak turut mengundi menyokong. Kalau kita tengok hansard, semua Ahli Parlimen Sarawak berucap panjang lebar dan menyokong,” katanya dalam audio siar bersama Zaid Ibrahim.

Azhar berkata hakikat itu membuktikan PDA tidak pernah dikenakan secara paksa oleh kerajaan persekutuan ke atas Sarawak, sebaliknya diluluskan dengan penyertaan dan persetujuan wakil negeri tersebut di Parlimen.

“Jadi kalau sekarang ada pihak kata akta petroleum tidak mengikut MA63, saya rasa hujah itu tidak tepat kerana sokongan datang sendiri daripada Ahli Parlimen Sarawak,” katanya.

Beliau menambah, fakta sejarah itu penting untuk difahami bagi mengelakkan naratif politik semasa digunakan bagi menafikan rekod yang jelas dalam dokumen Parlimen.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.