
Bank pusat itu sebelum ini menurunkan kadar faedah daripada 3% ketika semakan dasar monetari pada Julai lepas.
Dalam kenyataan, BNM memaklumkan, tahap OPR semasa adalah wajar dan menyokong kestabilan harga serta pertumbuhan ekonomi.
Awal hari ini, Bernama melaporkan Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Afzanizam Rashid berkata, OPR dijangka kekal berikutan daya tahan ekonomi Malaysia, yang dicerminkan oleh pertumbuhan 5.2% dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku ketiga.
Menurut bank pusat, petunjuk-petunjuk terkini membayangkan pengembangan berterusan dalam pertumbuhan global.
Tambahnya, walaupun impak tarif lebih tinggi akan terus memberi kesan kepada pertumbuhan global, prospek ekonomi tetap disokong oleh keadaan pasaran buruh yang berdaya tahan, inflasi yang menyederhana, dasar monetari yang kurang ketat dan dasar fiskal yang menyokong.
“Penyelesaian lebih banyak rundingan perdagangan sedikit sebanyak meredakan ketidakpastian global,” katanya.
“Pertumbuhan kekal berisiko menjadi perlahan disebabkan oleh kemungkinan tarif yang lebih tinggi, terutamanya tarif yang khusus bagi produk, serta ketegangan geopolitik yang semakin meruncing.”