
Perkara itu dimaklumkan pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor menerusi kenyataan hari ini.
“Tindakan awal telah diambil apabila ketua jabatan berkaitan mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada pegawai terbabit,” katanya.
Dalam pada itu, SUK Selangor menegaskan, setiap penjawat awam wajib menjaga imej perkhidmatan awam serta mematuhi semua peraturan termasuk etika penggunaan aset rasmi kerajaan negeri.
Katanya, tindakan tidak berdisiplin bukan sahaja mencemarkan reputasi jabatan malah bertentangan dengan nilai integriti dan tanggungjawab awam yang digariskan dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
“Sebarang pelanggaran tatakelakuan akan ditangani melalui saluran tatatertib sedia ada,” katanya.
“SUK Selangor komited memastikan tahap profesionalisme dan integriti penjawat awam di negeri ini sentiasa terpelihara serta berada pada tahap terbaik.”
Gambar memaparkan seorang penjawat awam sedang merokok dalam kenderaan rasmi Jabatan Kerajaan Negeri Selangor tular di media sosial sejak semalam.