KPM arah kuarters IPG Gaya dikosongkan

KPM arah kuarters IPG Gaya dikosongkan

Bangunan di kampus IPG Gaya yang rosak akibat tanah runtuh akan dirobohkan, manakala premis sementara telah disewa agar kelas dapat diteruskan.

IPG Gaya Campus in Kota Kinabalu landslide
Gambar cerun dan blok bangunan yang terjejas di IPG Kampus Gaya di Kota Kinabalu, Sabah. (Gambar X)
PETALING JAYA:
Berikutan insiden tanah runtuh di Sabah, Kementerian Pendidikan (KPM) mengarahkan agar kuarters di Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Gaya dikosongkan serta-merta bagi memastikan keselamatan penghuni.

KPM berkata, beberapa langkah segera turut dilaksanakan, termasuk tindakan merobohkan bangunan terbabit untuk pembinaan semula.

“(Selain itu, pihak kementerian juga) menyewa premis luar berdekatan bagi memastikan aktiviti akademik dapat terus berjalan dan membina semula tangki air yang rosak,” katanya dalam kenyataan.

Tiada kecederaan dilaporkan dalam insiden itu, namun ia merosakkan cerun dan beberapa blok bangunan yang sudahpun dikosongkan sejak Julai lalu atas arahan Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah.

Pada masa sama, kementerian merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor atas keprihatinan beliau mengunjungi kampus hari ini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.