400 terperangkap kepala air di Kuala Kubu Bharu

400 terperangkap kepala air di Kuala Kubu Bharu

Operasi mengeluarkan semua mangsa terperangkap giat dijalankan Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata semua mangsa yang sedang berkhemah dan berkelah di Pusat Rekreasi Kolam Air Panas Kerling, Kuala Kubu Bharu itu diarah berpindah ke kawasan tinggi. (Gambar JBPM)
KUALA LUMPUR:
Seramai 400 individu berdepan detik cemas selepas terperangkap dalam kepala air ketika berkhemah dan berkelah di Pusat Rekreasi Kolam Air Panas Kerling di Kuala Kubu Bharu, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.47 pagi.

Beliau berkata, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kubu Bharu bersama enam anggota digerakkan ke lokasi sejauh kira-kira 20km.

“Air mula naik sekitar 3 pagi tadi menyebabkan pengunjung yang berkhemah dan berkelah sempena cuti umum serta cuti sekolah terperangkap.

“Semua mangsa bagaimanapun selamat dan diarahkan berpindah ke kawasan tinggi dengan pemantauan anggota bomba,” katanya dalam kenyataan.

Menurutnya, operasi mengeluarkan semua mangsa terperangkap giat dijalankan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.